Assalamualaikum w.b.t
Silat Seni Gayong adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum dan hak asli orang Melayu sebagai perisai diri. Berdasarkan bukti penemuan yang telah ditemui di Candi Borobodur dan Candi Prambanan di kepulauan Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa seni mempertahankan diri ini telah wujud di kawasan kepulauan Melayu sekitar tahun ke-8 Masihi. Ia bermula dari kepulauan Riau, dan dikatan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Ketika di Sumatera, seni mempertahankan diri ini diperhalusi lagi sehinggalah ia dikenali sebagai Pencak Silat.
Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan orang istana sahaja yang boleh mempelajari ilmu seni silat ini. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi satu kesenian untuk warga desa. Laksamana Hang Tuah (Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera dari Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di pulau Jawa (Majapahit). Bagi yang ingin menyempurnakan ilmu silat, pengamal seni silat mestilah menghayati falsafah yang terkandung dalam ilmu tersebut. Pada zaman dahulu, hamper semua orang memndalami dan mempelajari ilmu silat. Tetapi hanya beberapa orang sahaja yang layak digelar pendekar iaitu mereka yang mempunyai keutuhan akhlak dan berhemah tinggi mampu memcapai sehingga ke tahap ini.
Pada zaman ini juga, wujudnya berates-ratus perguruan dalam ilmu persilatan ini. Umumnya, asas silat boleh dibahagikan kepada dua iaitu ‘bunga’ dan ‘buah’. Seni bunga adalah gerak tari yang lembut dan gemalai bagi mengelirukan pihak lawan. Manakala buah pula adalah gerak langkah yang keras, padu dan padat untuk menewaskan lawan.
Kemudiannya, Seni Silat Gayong dibawa ke Tanah Melayu oleh seorang putera Bugis daripada kepulauan Sulawesi bernama Daeng Kuning yang juga dikenali sebagai Panglima Hitam. Beliau bersama-sama dengan enam lagi saudaranya bermastautin di Tanah Melayu dimana segala ilmu persilatan diturunkan kepada keturunanya. Pada masa ini, pecahan ilmu tersebut boleh dilihat dengan wujudnya pelbagai perguruan gayong di Malaysia seperti Gayong Patani dan Gayong Pesaka. Tetapi yang paling utama ialah Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) yang diasaskan oleh Dato’ Meor Abdul Rahman cucu kepada Daeng Kuning yang digelar ‘Mahaguru’ dikalangan para penuntut silat gayong.
No comments:
Post a Comment